X

Kindly register in order to view this article
!

Warga emas hilang tiga hari

Che Som yang dikatakan sudah tiga hari hilang.
A
A

SEREMBAN - Seorang warga emas dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Taman Desa Permai Repah, Tampin, sejak Sabtu lalu.

Che Som Ibrahim, 69, keluar dari rumahnya itu kira-kira jam 8.30 pagi, tanpa disedari ahli keluarga.

Anaknya, Zatul Iffah Abdullah, 38, berkata, dia menyedari kehilangan ibunya apabila mendapati ibunya tidak membuat air seperti biasa.

Katanya, sebelum ini ibunya pernah keluar sendirian tetapi akan pulang selepas beberapa jam kemudian.

“Bagaimanapun, kali ini ibu tidak pulang ke rumah dan hari ini sudah hari ketiga dia hilang.

"Kali terakhir ibu dilihat pekerja di kedai makan berhampiran rumah membeli roti canai dan memakai baju kurung berwarna ungu,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Menurut Zatul, keluarganya telah membuat laporan di Balai Polis Daerah Tampin berhubung perkara tersebut.

Setakat petang ini, Che Som masih belum ditemui dan usaha mencarinya masih dilakukan ahli keluarga bersama sekumpulan penduduk di kawasan berkenaan.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat atau berjumpa dengan Che Som boleh menghubungi di talian 013-2729741 atau Zamzuri di talian 014-6416179.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!