Keluarga harap Muhammad Aiman teruskan perjuangan arwah Bakhtiar

Fitri Al-Amin
Fitri Al-Amin
A
A
A

SEMENYIH - "Kami sekeluarga berharap, abang ipar, Muhammad Aiman Zainali menang pada PRK DUN Semenyih, serta dapat meneruskan perjuangan dan legasi ayah Bakhtiar Mohd Nor," itu antara kata-kata anak Allahyarham Bakhtiar, Fitri Al-Amin.

Fitri berkata, Muhammad Aiman banyak membantu kerja arwah ayahnya.

"Arwah ayah tak ada pesan apa-apa tapi sebelum ini, arwah ayah memang puas hati dengan kerja-kerja Muhammad Aiman.

"Ini secara tak langsung menampakkan dia mampu memikul tanggungjawab," katanya.

Fitri berkata, abang iparnya mempunyai kelebihan terutama perwatakannya yang mudah mesra dan baik.

"Dia seorang yang peramah dan mesra apabila berjumpa dengan masyarakat," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Menantu Bakhtiar calon PH di Semenyih

ARTIKEL BERKAITAN: PRK Semenyih: Syed Saddiq yakin rakyat bersama PH

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Adun Semenyih meninggal dunia

Kerusi Dun Semenyih kosong susulan penyandangnya Bakhtiar Mohd Nor, 57, yaNg meninggal dunia akibat serangan jantung pada 11 Januari lalu.

PRU14 pada Mei tahun lalu, menyaksikan kerusi DUN Semenyih dimenangi Bakhtiar yang mewakili PH (Bersatu) dengan majoriti 8,964 undi menewaskan Johan daripada BN, calon Pas, Mad Shamour Mad Kosim dan calon PSM, S. Arutchelvan.