X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 01 Disember 2021

Industri pelancongan Malaysia tunjuk tanda pemulihan: Shopee

A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Platform e-dagang Shopee menunjukkan isyarat pemulihan dalam industri pelancongan Malaysia susulan sambutan yang menggalakkan bagi kempen Tourism Malaysia di platform itu.

Katanya, sebanyak 22,000 tawaran 'Jom Cuti-Cuti Malaysia! Experience Malaysia Like Never Before' telah direbut sejak larangan sekatan perjalanan antara daerah diumumkan untuk ditamatkan pada 2 Mac dan status Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 bagi Selangor, Johor, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur ditukar kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Ini amat menggalakkan berbanding 500 transaksi terkumpul yang dibuat antara 11 Jan (apabila PKP 2.0 diumumkan) dan 1 Mac,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Shopee bekerjasama buat kali pertama dengan Tourism Malaysia dalam kempen ini pada Disember dan dilancarkan semula baru-baru ini selepas terhenti selama dua bulan.

ARTIKEL BERKAITAN:Pakej umrah: Bakal jemaah terkesan diminta bincang dengan agensi pelancongan

Menurutnya, permintaan pelancongan telah mendorong aktiviti bercuti inap dalam kalangan penduduk di Lembah Klang, Pulau Pinang, Sabah dan Johor yang menyumbang kepada purata sebanyak 75 peratus daripada keseluruhan permintaan tawaran itu di negeri-negeri berkenaan.

Malah, katanya, rakyat Malaysia juga menzahirkan keyakinan bahawa sempadan negeri akan dibuka semula terutamanya dari Sarawak, Terengganu dan Melaka yang memilih tawaran 'Buy Now, Travel Later'.

Sementara itu, Shopee berkata, berikutan peningkatan kunjungan ke pusat beli-belah, kempen 4.4 ‘Mega Shopping Day’ Shopee akan menawarkan e-baucar sehingga 50 peratus daripada penyewa yang turut serta di Mid Valley Megamall KL dan The Mall, Mid Valley Southkey Johor Bahru.

Turut disenaraikan sebagai destinasi popular ialah Port Dickson, Negeri Sembilan untuk aktiviti seperti memancing, snorkeling dan ‘banana boat ’, manakala aktiviti hotel, pelancongan dan rekreasi di Langkawi, Kedah,

“Kami akan terus memainkan peranan kami untuk menghubungkan rakyat Malaysia dengan pemilik hotel dan pengendali pelancongan menerusi teknologi untuk menyumbang kepada kelestarian industri ini.

“Permintaan yang kukuh ini menunjukkan rakyat Malaysia mahu dan perlu berehat selepas pendekatan untuk duduk di rumah dilanjutkan,” kata Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho.

Sementara itu, Shopee berkata, berikutan peningkatan kunjungan ke pusat beli-belah, kempen 4.4 ‘Mega Shopping Day’ Shopee akan menawarkan e-baucar sehingga 50 peratus daripada penyewa yang turut serta di Mid Valley Megamall KL dan The Mall dan Mid Valley Southkey, Johor Bahru.

Katanya, kempen itu menawarkan penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM4, tawaran potongan 95 peratus setiap hari, baucar, permainan, persembahan Shopee Live oleh penyanyi tempatan serta pelancaran kerjasama eksklusif antara label fesyen dan selebriti. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!