X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 01 Disember 2021

Sarang penagih diserbu, 17 individu ditahan

Polis menyerbu sarang penagih dadah di tiga lokasi dan menahan 17 individu.
A
A

KEPALA BATAS - Polis menahan 17 individu dalam serbuan di tiga lokasi yang menjadi sarang penagih dadah di Permatang Tok Jaya, Pekan Darat dan Seri Pinang di sini pada Ahad.

Kesemua yang ditahan dalam Ops Sarang Khas antara jam 9 pagi hingga 8 malam itu berusia lingkungan 35 hingga 65 tahun.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, polis turut merampas 8.4 gram (g) heroin, 1.3g syabu dan 0.6g ganja dengan nilai keseluruhan RM390.

"Serbuan dilakukan selepas risikan selain maklumat awam berhubung lokasi yang menjadi 'port' penagih dan menjual dadah secara terbuka," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Menurutnya, melalui tangkapan itu polis berjaya melumpuhkan aktiviti penyalahgunaan dadah di kawasan tersebut.

"Tiga tangkapan dibuat mengikut Seksyen 39 a(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, tujuh mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan tujuh lagi mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,"

Noorzainy berkata, ketika ditahan, beberapa penagih dalam keadaan 'lalok' namun tiada pergelutan berlaku berlaku.

Tambahnya, polis akan sentiasa menjalankan operasi di lokasi sarang penagih dadah yang dikenal pasti bagi membendung kegiatan penagihan dadah di daerah SPU.

Ops Sarang Khas disertai sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah SPU.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!