EU tangguh sumbangan vaksin kepada negara miskin

Negara EU setakat ini telah menyuntik 56 juta dos bersamaan dengan 6.3 dos untuk setiap 100 orang di blok itu.
Negara EU setakat ini telah menyuntik 56 juta dos bersamaan dengan 6.3 dos untuk setiap 100 orang di blok itu.
A
A
A

BERLIN - Kesatuan Eropah membekukan rancangan untuk menyumbang vaksin Covid-19 secara terus kepada negara-negara miskin, lapor Agensi Anadolu.

Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen memberitahu Funke Media Group dari Jerman dalam satu temu bual, EU masih menghadapi kesukaran mendapatkan vaksin untuk mereka sendiri kerana masalah pengeluaran dan penghantaran.

Presiden Perancis, Emmanuel Macron bulan lalu mencadangkan anggota EU supaya menyumbangkan kira-kira lima peratus vaksin Covid-19 yang diterima untuk diagihkan kepada negara Afrika.

EU setakat ini telah memesan hampir 2.6 bilion dos daripada pengeluar vaksin Covid-19 terkemuka, tetapi pada pertengahan Mac, hanya sekitar 70 juta dos yang dihantar kepada semua 27 negara EU.

Walaupun menyasarkan untuk memvaksin 70 peratus populasi dewasa pada akhir musim panas, negara EU jauh ketinggalan berbanding Amerika Syarikat, United Kingdom dan Israel dalam vaksinasi Covid-19.

Negara EU setakat ini telah menyuntik 56 juta dos bersamaan dengan 6.3 dos untuk setiap 100 orang di blok itu.

Tahun lalu Suruhanjaya Eropah diberi mandat untuk membuat perancangan bersama vaksin, tetapi telah dikritik hebat sejak beberapa minggu lalu kerana terlalu lambat membuat perjanjian pembelian dan kesilapan dalam langkah pemberian vaksin. - Bernama

Artikel Berkaitan: