X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 26 Jun 2022

Mayat nelayan hilang ditemukan

Mayat nelayan yang hilang sejak Jumaat ditemukan di perairan Tanjung Dawai pada Isnin.
A
A

SUNGAI PETANI- Mayat nelayan yang dilaporkan hilang Jumaat lalu ditemukan pada jam 11.40 pagi Isnin selepas operasi mencari dan menyelamat memasuki hari ketiga.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji berkata, mayat Mohd Rizal Ismail, 34, ditemukan di perairan Tanjung Dawai pada kedudukan 15 batu nautika barat Tanjung Dawai.

Menurutnya, mayat dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani untuk pengecaman dan proses bedah siasat.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan kejadian di laut membabitkan mangsa yang dikatakan terjatuh ketika keluar menangkap ikan bersama dua rakan lain.

Lokasi mangsa dikatakan terjatuh dilaporkan pada kedudukan kira-kira 9.7 batu nautika barat laut Pulau Bidan, Yan.

Ketika kejadian, mangsa disedari hilang apabila rakannya mendapati dia tiada di atas bot pada jam 11 malam pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: https://www.sinarharian.com.my/article/129412/BERITA/Semasa/Nelayan-dikhuatiri-hilang-ketika-menangkap-ikan

ARTIKEL BERLKAITAN: https://www.sinarharian.com.my/article/129544/BERITA/Semasa/Makcik-harap-anak-pulang-dengan-selamat


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!