Warga Pakistan didenda RM8,000 ceroboh hutan simpan

No Image Caption
A
A
A

KUANTAN - [DIKEMAS KINI] Seorang warga Pakistan dikenakan denda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen Raub pada Isnin, selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan memasuki kawasan Hutan Simpan tanpa kebenaran.

Hakim, Ahmad Faizadh Yahaya turut memerintahkan tertuduh, Rawan Bakht dihukum penjara lapan bulan jika gagal membayar denda itu.

Semua barang sitaan iaitu Mitsubishi Pajero pula dilucut hak kepada Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP). Berdasarkan pertuduhan, Rawan didakwa memasuki kawasan hutan Kompartmen 600 Hutan Simpan Ulu Jelai, Lipis pada 15 Mac lalu.

Pertuduhan mengikut Seksyen 47(1)(c), Enakmen (Pemakaian) Perhutanan Negara 1985 [Akta 313] kerana memasuki kawasan hutan simpan tanpa kebenaran.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya JPNP, Afidatul Azwa manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Artikel Berkaitan: