X

Kindly register in order to view this article
!

[DIKEMASKINI] Projek pembinaan SUKE dihenti sementara

Kerja-kerja pengalihan kenderaan yang remuk selepas dihempap struktur besi kren yang jatuh di tapak pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di Alam Damai, pagi tadi. - Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Kementerian Kerja Raya telah mengarahkan kerja-kerja pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE) di Persiaran Alam Damai di sini dihentikan sementara waktu.

Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pemaju juga diarahkan mengemukakan laporan penuh berhubung kejadian dan pembinaan.

Beliau berkata, jalan raya di sekitar projek pembinaan turut ditutup sehingga tahap keselamatan disahkan benar-benar selamat oleh agensi terbabit

"Siasatan awal mendapati kontraktor projek pembinaan Lebuh Raya SUKE di kawasan itu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

"Tiada kerja pembinaan dijalankan ketika insiden tersebut sebaliknya hanya kerja penyelenggaraan oleh beberapa pekerja, termasuk mangsa kejadian. Jika berlaku pemasangan beam, jalan raya di sini ditutup," katanya kepada pemberita selepas melawat lokasi kejadian di sini pada Selasa.

Mengulas lanjut, Fadillah mengesahkan bahawa insiden itu membabitkan kontraktor berlainan daripada kejadian yang menyebabkan dua maut apabila perancah besi dalam pembinaan SUKE runtuh di Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), 3 Mac lalu.

Fadillah berkata, pelbagai agensi termasuk Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan menilai cadangan keselamatan terbaru bagi meneruskan kerja pembinaan di situ.

"Kita sudah mengarahkan bahagian keselamatan daripada pihak pemaju serta kontraktor untuk memberi tindakan dari sudut keselamatan dan ia akan dinilai oleh agensi yang bertanggungjawab," katanya.

Media sebelum ini melaporkan Prolintas mengesahkan satu daripada komponen kren gantri terjatuh di tapak pembinaan SUKE di Persiaran Alam Damai.

Hasil siasatan awal mendapati tiga pekerja pembinaan warga China meninggal dunia di lokasi kejadian manakala seorang pengguna jalan raya cedera.

ARTIKEL BERKAITAN: Kontraktor pembinaan disenarai hitam jika didapati berlaku kecuaian

Prolintas sahkan kemalangan di tapak pembinaan SUKE

Dua maut struktur besi kren terjatuh


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!