Sultan Ibrahim perkenan penubuhan Persatuan Anak Bangsa Johor

Sultan Ibrahim memperkenankan penubuhan Persatuan Anak Bangsa Johor (PABJ) di Pejabat Mados, Istana Bukit Pelangi pada Isnin.- Foto: Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Sultan Ibrahim memperkenankan penubuhan Persatuan Anak Bangsa Johor (PABJ) di Pejabat Mados, Istana Bukit Pelangi pada Isnin.- Foto: Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
A
A
A

JOHOR BAHRU- Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar telah memperkenankan penubuhan Persatuan Anak Bangsa Johor (PABJ) sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berperanan menyatukan anak Johor.

Kertas kerja penubuhan PABJ berkenaan dipersembahkan kepada Sultan Ibrahim oleh Presiden Interim PABJ, Datuk Mohsen Hasbollah; Naib Presiden Interim, Law Boo Song dan M Pubalan; Setiausaha Interim, Radiah Nordin dan Sekretariat Interim, Lutfi Radzi di Pejabat Mados, Istana Bukit Pelangi, di sini pada Isnin.

Pada pertemuan Itu, Datuk Mohsen mempersembahkan kertas kerja penubuhan PABJ antaranya ringkasan kronologi penubuhan persatuan, hala tuju, objektif dan carta organisasi.

Sultan Ibrahim bertitah, baginda sentiasa menitikberatkan perpaduan dalam kalangan Bangsa Johor yang menjadi tunjang kemajuan serta pembangunan di negeri ini.

“Saya tiada masalah dalam penubuhan persatuan ini, saya mahu Jawatankuasa Interim berbincang secara terperinci mengenai perlembagaan persatuan dan perkara-perkara lain.

“Selepas disiapkan draf perlembagaan, boleh menghadap semula untuk saya menelitinya kerana saya mahu ia (PABJ) adil kepada semua kaum,” katanya yang dimuat naik dalam akaun Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Artikel Berkaitan: