Polis tahan dua suspek curi kabel

Kedua-dua suspek berjaya ditahan anggota polis yang melakukan rondaan di Taman Megah Ria, Masai pada Sabtu.
Kedua-dua suspek berjaya ditahan anggota polis yang melakukan rondaan di Taman Megah Ria, Masai pada Sabtu.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis menahan dua lelaki tempatan disyaki terbabit dalam kegiatan mencuri kabel di Taman Megah Ria, Masai di sini pada Sabtu.

Dalam kejadian kita-kira 3 petang itu, sepasukan anggota polis dari Balai Polis Seri Alam yang melakukan rondaan cegah jenayah menahan kedua-dua suspek yang cuba bertindak melarikan diri dengan menaiki motosikal jenis Honda 125.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, pemeriksaan ke atas kedua-dua suspek berusia dalam lingkungan 30-an memiliki tiga kabel elektrik yang telah dipotong.

Kabel elektrik dan peralatan yang digunakan suspek untuk melakukan kegiatan mencuri kabel di Taman Megah Ria, Masai pada Sabtu.
Kabel elektrik dan peralatan yang digunakan suspek untuk melakukan kegiatan mencuri kabel di Taman Megah Ria, Masai pada Sabtu.

"Peralatan yang disyaki digunakan suspek untuk mencuri kebal iaitu penukul, pemotong kabel, sepana boleh laras dan sebilah pisau turut dirampas. Turut ditemui paket lut sinar disyaki dadah jenis syabu.

"Siasatan awal ke atas kedua-dua suspek mendapati kabel tersebut dicuri di sebuah kilang di kawasan perindustrian Taman Kota Puteri. Ujian saringan air kencing yang dilakukan mendapati kedua-duanya positif dadah," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Mohd Sohaimi berkata, kedua-dua lelaki itu kini ditahan reman selama empat hari bermula Ahad di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Artikel Berkaitan: