Detik istimewa Zii Jia

Zii Jia muncul juara seluruh England menewaskan pemain nombor dua dunia, Viktor Axelsen 30-29, 20-22, 21-9 dalam aksi final di Birmingham pada Ahad.
Zii Jia muncul juara seluruh England menewaskan pemain nombor dua dunia, Viktor Axelsen 30-29, 20-22, 21-9 dalam aksi final di Birmingham pada Ahad.
A
A
A

JAGUH perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia tidak dapat menggambarkan perasaannya selepas menjuarai kejohanan Seluruh England menewaskan pemain nombor dua dunia, Viktor Axelsen 30-29, 20-22, 21-9 dalam aksi final di Birmingham pada Ahad.

Menurutnya, kemenangan yang dikecapi itu tidak mudah apatah lagi menentang jaguh dunia yang sememangnya mempunyai permainan yang baik dan pilihan utama kejohanan.

"Saya tidak dapat menggambarkan perasaan saya. Saya rasa gembira, sedih, teruja..Ia hadir serentak dan sudah tentu ia detik istimewa buat saya dapat menjuarai Seluruh England.

"Perancangan saya sebelum perlawanan adalah untuk 'enjoy' perlawanan tersebut dan cuba yang terbaik kerana lawan saya adalah pemain terbaik dunia. Saya sudah menentang Axelsen empat kali dan kami mengenali antara satu sama lain dan kami memberikan permainan yang baik dan berkualiti," katanya.

Kejayaan Zii Jia itu menyaksikan dia berjaya membalas dendam kekalahan kepada Axelsen - pemain yang menghuni ranking kedua dunia pada aksi separuh akhir Seluruh England tahun lalu.

Dengan kejayaan tersebut, Zii Jia yang juga pemain nombor 10 dunia mengakhiri penantian Malaysia selama tiga tahun untuk menyaksikan pemain negara menjuarai Seluruh England.

Kali terakhir pemain Malaysia menawan bumi Birmingham adalah menerusi legenda negara, Datuk Lee Chong Wei yang menjuarai Seluruh England pada edisi 2017.

Dalam aksi tersebut juga menyaksikan perlawanan terpaksa diheret ke mata 30 yang menyaksikan Zii Jia lebih ampuh untuk memenangi set pertama itu.

Artikel Berkaitan:

"Kami bermain fokus dan berhati-hati untuk menggelakkan kehilangan mata. Sebab itu, set pertama sehingga mata ke-30. Sehingga ke set penentuan (set ketiga) Axelsen mula hilang fokus dan saya dapat kelebihan untuk menang.

"Saya mahu melawan dengan setiap mata dan tidak mahu berputus asa dan ia kunci kejayaan saya. Saya harap dapat mengekalkan rentak ini dalam kejohanan akan datang," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN Lee Zii Jia juara Seluruh England, tewaskan Viktor Axelsen

Zii Jia wira negara: PM