Penunjuk perasaan Myanmar maut ditembak di kepala

Gambar fail menunjukkan gas pemedih mata digunakan oleh pasukan keselamatan Myanmar untuk menyuraikan penunjuk perasaan antirampasan kuasa tentera di Yangon. - Foto AFP
Gambar fail menunjukkan gas pemedih mata digunakan oleh pasukan keselamatan Myanmar untuk menyuraikan penunjuk perasaan antirampasan kuasa tentera di Yangon. - Foto AFP
A
A
A

YANGON - Pasukan keselamatan di Myanmar menembak mati seorang penunjuk perasaan antirampasan kuasa tentera pada Ahad di bandar Monywa dan dua orang lagi cedera di Monywa, tengah negara itu.

Menurut saksi, lelaki itu terbunuh ketika berlaku pertempuran antara pasukan keselamatan dengan para penunjuk perasaan yang bersiap sedia untuk melakukan tunjuk perasaan antirampasan kuasa.

Portal berita Myanmar Now melaporkan, penunjuk perasaan itu, Min Min Zaw yang berumur 23 tahun mati ditembak di kepala, kata seorang doktor.

"Saya melihat beberapa orang mengusung seorang lelaki yang sudah ditembak dan mati," kata seorang penduduk kepada AFP dengan menyatakan mayat penunjuk perasaan itu telah dibawa ke sebuah hospital tempatan.

"Mereka menggunakan gas pemedih mata dan bom tangan bunyi dan kemudian mula melepaskan tembakan. Saya tidak tahu lelaki tersebut mati di tempat kejadian akibat ditembak pada bahagian kepala dengan peluru getah atau peluru hidup," ujarnya.

Letupan bom tangan bunyi itu tidak sekuat seperti bom tangan yang biasa digunakan dalam medan peperangan.

Myanmar berada dalam kekacauan sejak askar-askar negara itu bertindak menyuaraikan para penunjuk perasaan selepas pihak tentera melancarkan rampasan kuasa menggulingkan Penasihat Kerajaan, Aung San Suu Kyi dan menangkap para pemimpin parti Liga Kebangsaan bagi Demokrasi (NLD) pada 1 Februari lalu.

Rampasan kuasa itu dilakukan selepas pihak tentera mendakwa berlaku penipuan dalam pilihan raya umum negara itu pada November tahun lalu yang menyaksikan parti NLD menang besar, sekali gus berjaya membentuk sebuah kerajaan awam.

Artikel Berkaitan:

Sebahagian penduduk negara itu kemudian bertindak balas dengan melancarkan tunjuk perasaan antirampasan kuasa bagi mendesak demokrasi dikembalikan walaupun pihak tentera berjanji memerintah selama setahun sebelum menyerahkan kuasa kepada kerajaan awam melalui pilihan raya. - Agensi