Pemandu disaman salah masuk lorong motosikal

Rakaman video yang tular memaparkan kejadian pemandu sebuah kereta jenis Mercedes Benz tersalah masuk lorong motosikal di Plaza Tol Batu 11, Kajang, pada Sabtu.
Rakaman video yang tular memaparkan kejadian pemandu sebuah kereta jenis Mercedes Benz tersalah masuk lorong motosikal di Plaza Tol Batu 11, Kajang, pada Sabtu.
A
A
A

KAJANG - Pemandu kereta jenis Mercedes Benz disaman gara-gara tersalah masuk ke laluan motosikal di Plaza Tol Batu 11, di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, kejadian kira-kira jam 10 pagi itu berlaku membabitkan pemandu seorang lelaki tempatan berusia 78 tahun.

"Pemandu terbabit kemudian berjaya dikesan dan siasatan mendapati lelaki warga emas itu tidak berapa sihat dan mengaku tersilap memasuki lorong motosikal.

"Kes ini tidak melibatkan sebarang kemalangan dan tindakan saman telah di keluarkan kepada pemandu terbabit," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana mengabaikan isyarat lalu lintas.

Terdahulu, tular di media sosial satu rakaman video berdurasi 26 saat memaparkan kejadian terbabit.

Artikel Berkaitan: