X

Kindly register in order to view this article
!

22 saman terhadap penjaja di lampu isyarat

Menjual makanan ketika lampu isyarat merah boleh mengundang bahaya dan termaktuk dalam kesalahan undang-undang di negara ini.
A
A

KOTA BHARU - Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kelantan mengeluarkan 22 saman terhadap penjaja makanan di lampu isyarat dalam tempoh tiga hari operasi minggu lalu.

Ketua JSPT negeri, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, penjaja yang disaman dalam kalangan usia 20-an kerana kesalahan berniaga hingga mengganggu lalu lintas.

Menurutnya, operasi khas dijalankan pada 15 Mac hingga 17 Mac lalu di lokasi di Jalan Hamzah, Jalan Kuala Krai dan Lembah Sireh.

“Mereka yang disaman diberi tempoh dalam masa sebulan untuk hadir bicara di mahkamah.

“Sabit kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM2,000,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Beliau berkata, saman dikeluarkan mengikut Akta Lalu Lintas Jalan Raya dan tindakan boleh dikenakan di bawah 10A (1) LN 166/59 Peraturan Lalu Lintas Jalan Raya.

Justeru, Mohd Zamri menasihatkan penjual mahupun pembeli supaya tidak berniaga di jalan raya termasuk di lampu isyarat kerana boleh mengundang bahaya.

“Setakat ini, hanya penjual disaman dan belum ada saman dikenakan kepada pembeli.

“Patuhi arahan pihak berkuasa bagi mengelak kecelakaan atau dikenakan tindakan undang-undang,” katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!