Pesara JPJ maut kena serangan jantung

Mangsa, Mohamed Nor Mat, 70, dari Jelawat, Bachok dipercayai terkena serangan jantung sebelum kereta dipandunya terbabas. (Gambar kecil: Mohd Yusrizal Mohd Ghazali)
Mangsa, Mohamed Nor Mat, 70, dari Jelawat, Bachok dipercayai terkena serangan jantung sebelum kereta dipandunya terbabas. (Gambar kecil: Mohd Yusrizal Mohd Ghazali)
A
A
A

BACHOK - Seorang pesara Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) maut selepas kereta dipandunya terbabas melanggar papan tanda dipercayai akibat serangan jantung di Jalan Beris Kubur Besar berhampiran Masjid Pak Pura di sini pada tengah hari Ahad.

Mangsa, Mohamed Nor Mat, 70, beralamat di Kampung Kuchelong Jelawat, Bachok meninggal dunia di lokasi kejadian pada jam 12 tengah hari.

Pemangku Ketua Polis Daerah Bachok, Asisten Supritendan Mohd Yusrizal Mohd Ghazali berkata, berdasarkan siasatan, mangsa dalam perjalanan dari rumah di Kampung Kuchelong Jelawat menghala ke Beris Kubur Besar.

“Apabila sampai di tempat kejadian, kereta dipandu mangsa hilang kawalan lalu merempuh papan tanda di bahu jalan sebelah kanan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Bachok,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Beliau berkata, lelaki itu dipercayai terkena serangan jantung sebelum keretanya terbabas.

“Mayat dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk dibedah siasat.

“Siasatan lanjut masih diteruskan Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Artikel Berkaitan: