PKP di daerah Keningau, Sabah bermula Isnin

Ismail Sabri
Ismail Sabri
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di daerah Keningau, Sabah bermula Isnin hingga 4 April depan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan PKP berkenaan kerana Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesahkan terdapat peningkatan kes positif harian secara mendadak di daerah berkenaan.

“Sebanyak 42 kes telah direkodkan hasil saringan secara bersasar di Kampung Lingkudau yang juga telah dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Pelaksanaan PKP ini untuk memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar serta mengesan beberapa lagi kontak rapat dan mengawal pergerakan penduduk di daerah ini,” katanya dalam kenyataan pelaksanaan PKP pada Ahad.

Dalam perkembangan sama, Ismail berkata, setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, kerajaan bersetuju untuk menamatkan PKPD di Kampung Tanah Merah, Kota Marudu, Sabah pada Isnin seperti yang dijadualkan.

“Kerajaan sebelum ni telah melaksanakan PKPD di Kampung Tanah Merah, Kota Marudu, Sabah yang dijadualkan tamat pada 22 Mac (Isnin).

“Sehingga kini, KKM telah melaksanakan 65 ujian saringan dan daripada jumlah itu secara kumulatif sebanyak 26 kes positif telah direkodkan.

“KKM mengesahkan baki kes positif di lokaliti ini menunjukkan trend penurunan dan kluster adalah terkawal,” katanya.

Artikel Berkaitan: