PKP: 100 individu ditahan ingkar SOP

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Seramai 100 individu ditahan pada Sabtu kerana melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, seramai 97 dikompaun dan tiga direman.

"Antara kesalahan direkodkan ialah gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (48), gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (27), aktiviti pusat hiburan (12), tidak memakai pelitup muka (11) dan merentas negeri atau daerah tanpa kebenaran (dua),” katanya.

Artikel Berkaitan: