Peruntukan RM10 juta Hijrah, Nadi mungkin ditambah

Amirudin - Foto Bernama
Amirudin - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LANGAT - Jumlah peruntukan RM10 juta untuk membantu peniaga mendapatkan pelan pinjaman minimum RM1,000 bagi Skim Bantuan Hijrah Selangor (Hijrah) dan Skim Niaga Darul Ehsan (Nadi) mungkin ditambah mengikut keperluan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, dana di bawah Belanjawan Selangor 2021 itu bertujuan mempermudah penjaja dan peniaga menangani impak pandemik Covid-19.

“Kita menyediakan sejumlah RM10 juta untuk Hijrah ataupun untuk Nadi. (Namun) jika ada keperluan, kita mungkin boleh menambahnya susulan perbincangan saya dengan pihak Hijrah pada kemudian hari,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan pembiayaan untuk sekumpulan peserta Hijrah dan enam peserta Nadi berjumlah RM538,000.

Selain penyampaian itu, Amirudin turut menyerahkan sumbangan kepada anak yatim bersempena program Jelajah Kita Selangor di Balai Majlis Perwakilan Ketua Kampung (MPKK) Kampung Sungai Manggis di sini pada Ahad.

Mengulas lanjut, Amirudin berkata, beliau akan turut berbincang dengan pihak Hijrah membabitkan bantuan pinjaman mudah bagi mereka yang mahu berniaga pada Ramadan akan datang. - Bernama

Artikel Berkaitan: