X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 26 Januari 2022

'Makcik harap anak 'pulang' dengan selamat'

Jamaliah
A
A

YAN - "Makcik harap anak 'pulang' dengan selamat, dia janji nak makan sambal ikan tongkol bersama-sama," demikian harapan ibu mangsa nelayan jatuh ke laut, Jamaliah Abdullah, 68.

Menurutnya, dia hanya menyedari anak ketiga dari empat beradik itu, Mohd Rizal Ismail, 34 jatuh ke laut selepas solat Subuh pada Sabtu.

"Dia habaq nak sambal ikan tongkol tapi minta jangan masak nasi lagi, tunggu dia balik baru masak," jelasnya.

Menurut Jamaliah, Mohd Rizal sebelum ini keluar menangkap ikan bersama bot bilis namun berhenti sejak beberapa minggu lalu sebelum kembali ke laut bersama bot pukat tunda pada hari kejadian.

"Selama ini memang kami tinggal berdua, dia buat kerja-kerja kampung dan selalu jaga makcik," katanya ketika ditemui di Pangkalan Hadapan Mencari dan Menyelamat di Jeti Singkir Laut pada Ahad.

Jamaliah bagaimanapun reda dengan keadaan anaknya sekiranya berlaku sebarang kejadian tidak diingini.

Sementara itu, Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata, pihaknya menerima maklumat mangsa jatuh ke laut ketika keluar menangkap ikan bersama dua rakan pada jarak kira-kira 9.7 batu nautika barat laut Pulau Bidan, Yan pada jam 11 malam Jumaat.

Pasukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia melaksanakan operasi pencarian nelayan jatuh laut yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu.
Pasukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia melaksanakan operasi pencarian nelayan jatuh laut yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu.

Menurutnya, operasi dimulakan pada Sabtu namun sehingga jam 3 petang Ahad masih belum menemui sebarang petunjuk mengenai mangsa dan agensi terlibat serta nelayan tempatan masih meneruskan usaha mengesan dan mencari.

ARTIKEL BERKAITAN: Nelayan dikhuatiri hilang ketika menangkap ikan

"Setakat ini 33 anggota menyertai operasi di mana lima anggota Polis Diraja Malaysia, 11 anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, sembilan anggota Polis Marin dan lapan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia terlibat," katanya.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat hari kedua itu disambung semula pada jam 7.30 pagi pada Ahad.

"Keluasan sektor dibahagikan kepada tiga sektor melibatkan keluasan 97.32 batu nautika persegi.

"Aset yang terlibat pada hari ini ialah Bot Perkasa 1224 dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Bot PSC 20 dan Bot RH 53 dari Pasukan Polis Marin, Bot Aluminium dari Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan beberapa bot nelayan tempatan,"katanya.

Menurutnya, orang awam yang mempunyai sebarang maklumat, boleh menghubungi talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Malaysia Zon Maritim Kuala Kedah di talian 04-7310579.

Bilik gerakan dekat Jeti Singkir Laut dibuka bagi melancarkan kerja-kerja operasi mencari nelayan jatuh Jumaat lalu.
Bilik gerakan dekat Jeti Singkir Laut dibuka bagi melancarkan kerja-kerja operasi mencari nelayan jatuh Jumaat lalu.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!