Keseronokan merempit undang padah

Antara yang ditahan dalam Operasi Samseng Jalanan di Lebuhraya Baru Pantai (NPE), Petaling Jaya dan Lebuhraya Grand Saga, Kajang, awal pagi Ahad.
Antara yang ditahan dalam Operasi Samseng Jalanan di Lebuhraya Baru Pantai (NPE), Petaling Jaya dan Lebuhraya Grand Saga, Kajang, awal pagi Ahad.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kegiatan sekumpulan remaja melakukan aksi berbahaya di jalanan terbantut apabila ditahan polis menerusi Operasi Samseng Jalanan, dekat sini pada awal pagi Ahad.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata, operasi bermula jam 1.20 pagi di Lebuhraya Baru Pantai (NPE), Petaling Jaya dan Lebuhraya Grand Saga, Kajang itu bertindak menahan sembilan lelaki berusia 15 hingga 21 tahun.

Menurutnya, tangkapan pertama di Lebuhraya NPE bertindak menahan dua penunggang motosikal kerana melakukan aksi zig-zag, bersaing sesama sendiri dan menundukkan badan.

"Operasi seterusnya berjaya menahan tiga penunggang juga dengan aksi serupa di Lebuhraya Grand Saga.

"Kira-kira jam 3.30 pagi, polis berjaya menahan dua motosikal yang dinaiki empat lelaki di Lebuhraya Grand Saga kerana melakukan aksi berbahaya," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Beliau berkata, kesemua motosikal jenis Yamaha LC135, Yamaha 125ZR, Yamaha Y15ZR, Honda RS150, Modenas Dinamik telah disita untuk tindakan lanjut.

Tambahnya, kesemua yang ditahan juga telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya dan IPD Kajang untuk siasatan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel Berkaitan: