X

Kindly register in order to view this article
!

'Utamakan bola sepak, bukan agenda individu'

Hamidin bergambar bersama Ahli Jawatankuasa Tetap FAM bagi penggal 2021-2025 di Wisma FAM, Kelana Jaya pada Sabtu. - Foto FB FAM
A
A

AHLI Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang baru dipilih baru-baru ini diingatkan agar mengutamakan agenda bola sepak berbanding individu atau peribadi.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin dalam ucapan pembukaan sempena mesyuarat pertama Jawatankuasa Eksekutif FAM pada Sabtu meminta agar mereka tidak mengecewakan rakyat dan peminat bola sepak negara yang mahu melihat hasil atau keputusan daripada badan induk itu.

“Untuk itu, kesemua mereka akan dipantau menerusi pengenalan Kad Laporan Ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM yang mana saya percaya ia dapat menjadi penanda aras serta mampu meningkatkan prestasi dan kualiti setiap mereka dalam melaksanakan tugas dan portfolio dipertanggungjawabkan.

"Saya berharap agar semua yang dilantik sebagai pengerusi dan timbalan pengerusi jawatankuasa serta pengurus pasukan-pasukan kebangsaan ini dapat berkhidmat dengan sebaiknya dan memberi sepenuh komitmen mereka demi kebaikan bola sepak Malaysia,” katanya menerusi kenyataan dikeluarkan FAM pada Ahad.

Hamidin yang mempengerusikan mesyuarat di Wisma FAM, Kelana Jaya itu menerangkan secara terperinci kepada barisan Ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM mengenai visi dan misi beliau bagi tempoh 2021 hingga 2025.

Beliau juga telah mengumumkan nama pengerusi dan timbalan pengerusi bagi setiap jawatankuasa tetap, jawatankuasa ad-hoc, badan bebas dan badan kehakiman bagi penggal baharu 2021-2025 selain nama pengurus pasukan-pasukan kebangsaan.

Hamidin berkata, Stuart Ramalingam kekal sebagai Setiausaha Agung FAM; Datuk Ismail Karim kekal sebagai bendahari manakala Pengurus Pasukan Kebangsaan masih disandang Datuk Mohd Yusoff Mahadi dan dibantu Datuk Posa Majais serta Datuk Kamarul Ariffin Mohd Shahar.

“Antara saya umumkan ialah mengenai penubuhan Presidential Task Force yang dianggotai individu bukan daripada persatuan bola sepak negeri tetapi mampu untuk memberi sumbangan kepada bola sepak negara dan membantu Presiden FAM, seperti ketua pegawai eksekutif syarikat berkaitan kerajaan (GLC), penyokong, kerajaan dan kerabat diraja,” katanya. - Bernama

Senarai penuh Jawatankuasa Tetap FAM bagi penggal 2021-2025:

1. Jawatankuasa Darurat

Pengerusi: Datuk Hamidin Mohd Amin

Timbalan Pengerusi: Datuk Mohd Yusoff Mahadi

2. Jawatankuasa Kewangan dan Pengurusan

Pengerusi: Datuk Hamidin Mohd Amin

3. Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Bola Sepak Kebangsaan

Pengerusi: Datuk Hamidin Mohd Amin

Timbalan Pengerusi: Datuk Mohd Yusoff Mahadi

4. Jawatankuasa Pertandingan

Pengerusi: Mohd Firdaus Mohamed

Timbalan Pengerusi: ACP (B) Md Dali Wahid

5. Jawatankuasa Undang-undang

Pengerusi: Saaran Nadarajah

Timbalan Pengerusi: Syed Yazid Syed Omar

6. Jawatankuasa Pengadil

Pengerusi: Datuk Sivasundaram Sithamparam Pillai

Timbalan Pengerusi: Datuk Jefferey Low Han Chau

7. Jawatankuasa Audit Dalam

Pengerusi: Datuk Adly Shah Ahmad Tah

Timbalan Pengerusi: Dr Siti Faidul Maisarah Abdullah

8. Jawatankuasa Bola Sepak Wanita

Pengerusi: Datuk Suraya Yaacob

Timbalan Pengerusi: Dr Siti Faidul Maisarah Abdullah

9. Jawatankuasa Futsal dan Bola Sepak Pantai

Pengerusi: Datuk Seri Rosmadi Ismail

Timbalan Pengerusi: Datuk Mohd Hisamudin Yahaya

10. Jawatankuasa Perubatan dan Sains Sukan

Pengerusi: Datuk Jefferey Low Han Chau

Timbalan Pengerusi: Dr Siti Faidul Maisarah Abdullah

11. Jawatankuasa Status

Pengerusi: Mohd Joehari Mohd Ayub

Timbalan Pengerusi: Saaran Nadarajah

12. Jawatankuasa Media, Komunikasi dan Perhubungan Awam

Pengerusi: Christopher Raj Aralanthu

Timbalan Pengerusi: Datuk Adly Shah Ahmad Tah

13. Jawatankuasa Keselamatan

Pengerusi: CP Datuk Seri Abdul Rahim Jaafar (Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman)

Timbalan Pengerusi: ACP (B) Md Dali Wahid

14. Jawatankuasa Integriti

Pengerusi: Tan Sri Dr Aseh Che Mat

15. Jawatankuasa Tiket dan Stadium

Pengerusi: Datuk Posa Majais

Timbalan Pengerusi: Datuk Ismail Karim

16. Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan Bola Sepak Belia

Pengerusi: Datuk Sivasundaram Sithamparam Pillai

Timbalan Pengerusi: Mohd Joehari Mohd Ayub

17. Jawatankuasa Penajaan dan Pemasaran

Pengerusi: Datuk Seri Shahril Mokhtar

Timbalan Pengerusi: Datuk Mohd Hisamudin Yahaya


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!