41 tanah orang asli Selangor sudah diwartakan

Hee Loy Sian
Hee Loy Sian
A
A
A

SEPANG - [DIKEMAS KINI] Sebanyak 41 daripada 74 tanah milik orang asli di Selangor diwartakan bagi mengelakkan pencerobohan daripada pihak pemaju yang tidak bertanggungjawab.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asal Selangor, Hee Loy Sian memberi jaminan bahawa pencerobohan tersebut tidak akan berlaku setelah pewartaan tanah orang asli dibuat.

Menurutnya, usaha tersebut untuk melindungi hak orang asli supaya tanah mereka dapat dipertahankan dan diwarisi secara turun temurun hingga ke generasi seterusnya.

“Kita harap semua tanah orang asli akan diwartakan dalam masa tiga tahun ini,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Bakul Makanan kepada Ketua Isi Rumah di Kampung Orang Asli Bukit Tampoi, Dengkil di sini pada Ahad.

Sebanyak 118 bakul makanan bernilai RM100 disumbangkan kepada ketua isi keluarga.

Ketua keluarga yang hadir pada Majlis Pelancaran Bakul Makanan kepada Ketua Isi Rumah di Kampung Orang Asli Bukit Tampoi, Dengkil.
Ketua keluarga yang hadir pada Majlis Pelancaran Bakul Makanan kepada Ketua Isi Rumah di Kampung Orang Asli Bukit Tampoi, Dengkil.

Loy Sian berkata, inisiatif itu adalah kali kedua kerajaan negeri Selangor memberikan bantuan kepada masyarakat orang asli di negeri tersebut.

Katanya, kerajaan negeri melalui Menteri Besar Incorporated (MBI) memperuntukkan sebanyak RM600,000 kepada 6,000 ketua isi rumah orang asli di Selangor untuk membantu mereka yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Artikel Berkaitan:

“Setiap tahun, kerajaan negeri Selangor memperuntukkan sejumlah RM500,000 untuk orang asli, selain daripada Tabung Amanah Orang Asli untuk memperbaiki sebarang kerosakan akibat bencana di kawasan orang asli,” katanya.