Usul UMNO putuskan hubungan dengan Bersatu jadi tumpuan PAU

Perhimpunan Agung UMNO (PAU) diadakan di Pusat Perdagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur secara bersemuka dan maya pada 27 dan 28 Mac ini.
Perhimpunan Agung UMNO (PAU) diadakan di Pusat Perdagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur secara bersemuka dan maya pada 27 dan 28 Mac ini.
A
A
A

PONTIAN - Usul memutuskan kerjasama UMNO dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dijangka menjadi tumpuan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) di Pusat Perdagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur secara bersemuka dan maya pada 27 dan 28 Mac ini.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, usul yang dibangkitkan 124 bahagian UMNO itu merupakan majoriti usul daripada 190 bahagian UMNO yang telah bersidang pada 1 hingga 3 Januari lalu.

Katanya, dua usul utama lain yang telah diterima Majlis Kerja Tertinggi (MKT) akan dibahaskan iaitu mempertahankan Muafakat Nasional dan menyegerakan Pilihanraya Umum Ke -15 (PRU15).

Bagaimanapun katanya, selain isu politik PAU, turut diberi perhatian ialah soal ekonomi, pendidikan dan agama serta membantu rakyat dalam isu berkaitan Covid-19.

"Sebanyak 124 bahagian telah mengusulkan berkenaan kerjasama dengan Bersatu sehingga Parlimen dibubarkan.

"Sejumlah 750 Persidangan Perwakilan UMNO telah berjaya diadakan pada 1 hingga 3 Januari lalu kecuali UMNO Bahagian Tanah Merah Kelantan yang digantung," katanya yang ditemui ketika mengadakan lawatan Ziarah Kasih di Kampung Parit Dato Onn, Api- Api, di sini pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Kekalkan dasar ‘No Anwar, No DAP’

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata, PAU kali ini mencipta sejarahnya yang tersendiri apabila diadakan menerusi dua kombinasi iaitu secara bersemuka dan dalam talian.

Artikel Berkaitan:

"Segala persiapan sudah dibuat secara rapi malah raptai perhimpunan juga sudah dibuat pada Sabtu. Saya juga sedang meminta kebenaran daripada pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) cawangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk adakan perhimpunan kali ini," katanya.

Sementara itu, Ahmad enggan memperincikan jumlah sebenar pewakilan yang akan hadir ke Kuala Lumpur namun berharap PAU akan berjalan lancar selepas tertangguh sebanyak dua kali sebelum ini.

Ahmad membaca doa sewaktu mengadakan Ziarah Kasih di Kampung Parit Dato Onn, Api- Api, Pontian pada Ahad.
Ahmad membaca doa sewaktu mengadakan Ziarah Kasih di Kampung Parit Dato Onn, Api- Api, Pontian pada Ahad.