DAP hilang Pulau Pinang jika gagal tangani tiga krisis

Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow ,ketika berucap pada Konvensyen Biasa DAP Pulau Pinang di SPICE Arena, pada Ahad.
Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow ,ketika berucap pada Konvensyen Biasa DAP Pulau Pinang di SPICE Arena, pada Ahad.
A
A
A

GEORGETOWN - DAP dan Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang tidak boleh terlalu yakin akan menang dengan mudah pada pilihan raya akan datang sekiranya gagal menjaga kepentingan rakyat ketika diancam oleh pandemik Covid-19.

Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, walaupun krisis kesihatan awam itu dipertanggungjawabkan kepada kerajaan Persekutuan, namun kerajaan negeri juga perlu memikul tanggungjawab bersama kerana yang terkesan adalah rakyat serta ekonomi negeri ini.

"Saya mahu mengingatkan semua ahli-ahli parti bahawa sekiranya kerajaan negeri kita dilihat gagal memainkan peranan gigih untuk membantu rakyat dan ekonomi kita pulih daripada impak pandemik, kita akan hilang kepercayaan rakyat.

"Malah, kita juga mungkin ditolak oleh pengundi menjelang pilihan raya yang akan datang," katanya ketika berucap pada Konvensyen Biasa DAP Pulau Pinang di SPICE Arena di sini pada Ahad.

Kon Yeow yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, DAP Pulau Pinang harus menunjukkan kepimpinan dan kekuatan untuk membawa rakyat memenangi tiga krisis utama yang melanda iaitu krisis kesihatan awam, krisis ekonomi dan krisis politik.

Katanya, ketiga-tiga krisis ini telah membawa impak yang luar biasa sekaligus menguji ketabahan sebagai sebuah gabungan parti pemerintah di Pulau Pinang untuk memimpin rakyat mengatasi cabaran-cabaran yang genting tersebut.

Artikel Berkaitan: