Pulau Pinang harap MITI segerakan pelaksanaan Safe@Work

Chow Kon Yeow
Chow Kon Yeow
A
A
A

GEORGE TOWN - Kerajaan Pulau Pinang berharap Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dapat menyegerakan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) ‘Safe@Work’ demi keselamatan dan kesihatan rakyat.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, ini termasuk mempercepat pemberian vaksin kepada mereka yang bekerja dalam sektor perkilangan di negeri itu.

Sektor perkilangan masih mencatatkan jumlah kluster tertinggi dan telah mula merebak ke sekolah-sekolah, berpunca daripada ibu bapa yang bekerja di kilang-kilang terbabit, katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau juga meminta agar penguatkuasaan yang lebih tegas dilaksanakan, bukan sahaja terhadap individu tetapi juga kilang-kilang yang ingkar pematuhan SOP, terutamanya premis yang mencatatkan kes berulang.

“Saya menggesa supaya pendekatan yang dinyatakan dapat dilaksanakan pada kadar segera oleh pihak-pihak berkaitan demi kesihatan rakyat negeri ini dan kepentingan pembangunan ekonomi Pulau Pinang yang juga antara penyumbang penting Keluaran Dalam Negara Kasar negara,” katanya. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Safe@Work mampu elak gangguan operasi syarikat

Potongan cukai kepada syarikat sukarela sertai Safe@Work

Artikel Berkaitan: