Olimpik Tokyo larang kehadiran penonton luar negara

Olimpik Tokyo 2020
Olimpik Tokyo 2020
A
A
A

PARIS- Penganjur Olimpik Tokyo terpaksa mengumumkan larangan kehadiran penonton luar negara pada temasya itu atas faktor keselamatan.

Ketua Olimpik Tokyo 2020, Seiko Hashimoto berkata penonton kejohanan itu dari luar negara dilarang menghadiri temasya itu kerana dikhuatiri berisiko mengundang ramai orang luar ke Jepun.

"Kita harus memastikan persekitaran yang selamat dan aman bagi semua peserta. Ini keputusan yang tidak dapat dielakkan," katanya.

Walaupun lebih 400 juta dos vaksin disuntik di seluruh dunia, beberapa negara Eropah tetap menguatkuasakan langkah perintah berkurung bagi membendung wabak Covid-19 yang semakin meningkat.

Artikel Berkaitan: