Dari seorang pejuang kini dituduh perasuah

Aung San Suu Kyi
Aung San Suu Kyi
A
A
A

IKON demokrasi dan Penasihat Kerajaan Myanmar, Aung San Suu Kyi pernah menyatakan dalam kempen pilihan raya 2015 bahawa beliau akan menubuhkan sebuah kerajaan yang bersih dan bebas rasuah.

Suu Kyi, 75, yang ketika itu pemimpin pembangkang juga berkata, jika parti pimpinannya, Liga Kebangsaan bagi Demokrasi (NLD) mendapat mandat rakyat dalam pilihan raya itu, beliau tidak akan bertolak ansur dengan amalan rasuah di negara itu.

Amalan rasuah didakwa berlaku dengan teruk ketika negara tersebut diperintah oleh tentera apabila Myanmar menduduki tempat ke-147 daripada 168 buah negara berdasarkan senarai Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang dibuat oleh pertubuhan bukan kerajaan, Transparency International dengan memperoleh hanya 22 mata pada 2015. 103

Perubahan kedudukan negara itu semakin baik apabila ia menduduki tangga ke-137 daripada 180 buah negara dalam indeks itu pada tahun lalu dengan 28 mata ketika ia diperintah oleh kerajaan awam.

Kempen NLD untuk memerangi rasuah itu merupakan antara faktor menyebabkan NLD menang besar dalam pilihan raya itu dengan memperoleh 390 kerusi daripada 491 kerusi di Parlimen sekali gus menamatkan pemerintahan tentera selama hampir 50 tahun.

Pilihan raya itu didakwa diadakan dengan adil dan bersih dalam tempoh 25 tahun di negara itu.

Pada pilihan raya yang diadakan pada November 2020, parti NLD sekali lagi menang besar dengan mendapat 396 kerusi daripada 476 kerusi di Parlimen.

Namun, pihak tentera yang dikenali dengan nama Tatmadaw tidak berpuas hati dengan pilihan raya tersebut apabila mendakwa berlaku penipuan undi.

Artikel Berkaitan:

Dakwaan pihak tentera bahawa terdapat 8.6 juta pengundi meragukan dalam senarai daftar pemilih di 314 kawasan perbandaran yang mungkin menyebabkan mereka mengundi beberapa kali telah dinafikan oleh Suruhanjaya Kesatuan Pilihan Raya pada Januari lalu.

Situasi di Myanmar masih tidak stabil selepas tentera melakukan rampasan kuasa pada 1 Februari lalu. - AFP
Situasi di Myanmar masih tidak stabil selepas tentera melakukan rampasan kuasa pada 1 Februari lalu. - AFP

Ini adalah kerana suruhanjaya itu menyatakan Tatmadaw tidak mengemukan bukti yang mencukupi untuk menyokong dakwaan tersebut.

Justeru, atas alasan itu, pihak tentera melakukan rampasan kuasa terhadap kerajaan awam dan turut menahan Presiden Myanmar, Win Myint, 69, daripada parti NLD.

Ironinya, selepas ditahan oleh pihak tentera bersama beberapa pemimpin NLD pada waktu pagi sebelum melancarkan rampasan kuasa aman pada 1 Februari lalu, beliau akhirnya didakwa menerima rasuah di mahkamah negara itu.

Sebelum ini, Suu Kyi yang pernah menafikan pihak tentera melakukan pembunuhan kaum ke atas etnik Muslim Rohingya dalam perbicaraan di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) di Belanda pada tahun 2019.

Mahkamah itu melakukan siasatan jenayah kemanusiaan yang berlaku ke atas etnik tersebut selepas kes berkenaan dikemukakan oleh negara Gambia.

Ketika itu, reputasinya sebagai penerima Anugerah Nobel Keamanan pada tahun 1991 kerana memperjuangkan demokrasi di Myanmar telah musnah di Barat tetapi masih mengecapi populariti di Myanmar.

Jenayah kemanusiaan itu adalah disebabkan ratusan ribu etnik tersebut melarikan diri ke luar negara setelah pihak tentera melancarkan operasi menentang militan Rohingya pada tahun 2017.

Beliau kemudian tidak disukai di Barat kerana pihak tentera dikatakan melakukan jenayah itu sehingga ada desakan supaya Hadiah Nobel Keamanan yang diterimanya ditarik balik.

Sehingga hari ini, tunjuk perasaan antirampasan kuasa tentera telah menyebabkan lebih 200 orang terbunuh di Myanmar. - AFP
Sehingga hari ini, tunjuk perasaan antirampasan kuasa tentera telah menyebabkan lebih 200 orang terbunuh di Myanmar. - AFP

Bagaimanapun, Suu Kyi kembali mendapat simpati Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah (EU) dan ASEAN yang mahu beliau dibebaskan dan pembunuhan petunjuk perasaan oleh pasukan keselamatan dihentikan.

Sejak rampasan kuasa berlaku, lebih 200 orang telah terbunuh dalam tunjuk perasaan itu.

Pada minggu lalu, Suu Kyi yang pernah menjalani tahanan di rumah oleh pihak tentera kerana aktiviti politik hampir 15 tahun didakwa menerima bayaran haram AS$600,000 (RM2.5 juta) dan lebih 10 kilogram jongkong emas.

Jurucakap tentera mendakwa beliau didakwa menerima wang dan jongkong itu daripada bekas Ketua Menteri Yangon, Phyo Mien Thein yang kini turut ditahan.

Menurut portal berita Euro News, junta tentera mendakwa Min Thein mengaku menyerahkan wang dan jongkong emas itu pada 2017 dan 2018.

Baru-baru ini pula, seorang ahli perniagaan, Maung Weik mengaku memberikan wang berjumlah AS$550,000 (RM2.3 juta) kepada Suu Kyi sejak beberapa tahun lalu demi kebaikan perniagaannya.

Pengakuan itu dibuat menerusi televisyen kendalian tentera pada Rabu lalu dan pihak tentera dikatakan akan mendakwa Suu Kyi. Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 15 tahun.

Sebelum ini, Suu Kyi didakwa di mahkamah kerana memiliki walkie-talkie tidak berlesen, melanggar peraturan Covid-19 ketika berkempen tahun lalu, menghasut orang ramai melakukan kekacauan, melanggar undang-undang eksport serta import. - Agensi