Pasangan warga asing terlibat dadah diberkas di kondominium

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sepasang warga asing dipercayai terbabit dałam kegiatan penyalahgunaan dadah diberkas dalam serbuan di sebuah kondominium di Jalan Segambut di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pasangan membabitkan seorang lelaki warga Perancis dan seorang wanita warga Denmark ditahan dalam operasi sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Sentul.

"Serbuan itu memberkas kedua-dua suspek berumur 30 tahun dan 35 tahun. Polis merampas dadah jenis ganja seberat 2.05 gram dalam kediaman berkenaan," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, ujian saringan air kencing mendapati lelaki berkenaan positif dadah jenis tetrahydrocannabinol (THC).

Bagaimanapun katanya, wanita berkenaan negatif dadah.

"Lelaki itu kini ditahan reman selama empat hari bermula hari ini (Sabtu) dan wanita berkenaan ditahan reman selama satu hari," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952.

Artikel Berkaitan: