X

Kindly register in order to view this article
!

Polis sangkal dakwaan salah guna kuasa libat reman wanita Vietnam

A
A

SHAH ALAM - Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyangkal tuduhan menyalah guna kuasa bagi menahan reman 14 hari seorang wanita warganegara Vietnam sebagaimana didakwa seorang peguam melalui satu laporan sebuah portal berita pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, pada 13 Mac lepas, polis telah menjalankan pemeriksaan di sebuah restoran di Klang dan menahan seorang lelaki Cina yang merupakan pemilik premis kerana disyaki telah menggajikan empat lelaki warganegara Myanmar dan enam wanita warganegara Vietnam tanpa permit yang sah.

“Seterusnya semakan mendapati enam wanita warganegara Vietnam itu gagal mematuhi Peraturan-peraturan Pengawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Jangkitan) 1988.

“Pihak polis menyangkal sekeras-kerasnya telah menyalah guna kuasa tahanan reman orang kena tuduh selama 14 hari itu, sebaliknya pihak polis menunggu laporan semakan ketulenan dokumen perjalanan daripada Jabatan Imigresen Putrajaya,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, kertas siasatan akan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya secepat mungkin selepas laporan itu diperolehi, dan kes sedang disiasat di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen 1959, Seksyen 39 (b) Akta Imigresen 1959 dan Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. - Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!