X

Kindly register in order to view this article
!

VIP langgar SOP tetap dikenakan tindakan: Ismail Sabri

Ismail Sabri (kanan) menziarahi seorang anggota tentera yang uzur dalam lawatan kerja ke Batalion Ke-18 Rejimen Askar Melayu Diraja RAMD (Para), Kem Seri Pantai, Seberang Takir, pada Sabtu
A
A

KUALA NERUS – Kerajaan tidak akan melindungi golongan kenamaan (VIP) yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mereka yang mempunyai kedudukan, pengaruh dan kuasa tidak akan terkecuali dikenakan tindakan jika tidak mematuhi SOP.

Beliau berkata, ia terbukti apabila beberapa individu kenamaan termasuk timbalan menteri sebelum ini pernah dikenakan tindakan dalam usaha memutuskan rantaian Covid-19.

“Tindakan (dikenakan) kepada semua dan sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan di negara kita tidak akan dilindungi.

"Kita (kerajaan) hanya perkenalkan undang-undang dan polis akan menguatkuasakan," katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan kerja ke Batalion Ke-18 Rejimen Askar Melayu Diraja RAMD (Para), Kem Seri Pantai, Seberang Takir, pada Sabtu.

Beliau berkata demikian mengulas gesaan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) supaya kerajaan menguatkuasakan tindakan tegas dan adil kepada semua tanpa mengira latar belakang mereka dalam memastikan pematuhan kepada SOP.

Gesaan itu dibuat bagi memastikan pihak yang melanggar SOP termasuk dalam kalangan individu yang mempunyai kedudukan, pengaruh dan kuasa turut tidak terlepas hukuman.

Sementara itu, Ismail Sabri memaklumkan seramai 21, 791 pegawai dan anggota tentera sudah menerima vaksin Covid-19 melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

“Jumlah ini melibatkan pegawai dan anggota barisan hadapan iaitu yang bertugas di sekatan jalan raya, Op Benteng dan mereka yang akan dihantar ke luar negara,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!