Polis siasat dakwaan ahli politik cabul isteri orang

No Image Caption
A
A
A

AMPANG - Polis sedang mengesan saksi berkaitan seorang ahli politik bergelar Datuk bagi membantu siasatan kes cabul seorang wanita di sebuah rumah di Taman Melawati di sini.

Menurut sumber, individu terbabit bersama isterinya dipercayai datang bermalam di rumah mangsa dan suaminya antara Julai hingga 15 Ogos 2020.

Sumber turut memberitahu bahawa suami mangsa merupakan kenalan kepada isteri Datuk tersebut.

"Suspek bersama isterinya tumpang bermalam setelah datang melawat mangsa dan suaminya di rumah berkenaan.

"Kejadian berlaku antara jam 1 pagi hingga 5 pagi. Mangsa tidur di bilik bersebelahan bilik suspek. Dia kemudiannya tersedar selepas dirinya dicium dan dicabul.

"Pada mulanya mangsa menyangkakan perbuatan itu dilakukan oleh suaminya namun mangsa terkejut apabila mendapati ia dilakukan suspek," katanya.

Katanya, mangsa pada awalnya tidak membuat laporan polis kerana bimbang keselamatan dirinya dan suami.

Mangsa juga katanya, turut mendakwa suspek mempunyai pistol selain mempunyai sikap panas baran.

"Mangsa juga mendakwa mempunyai hutang sebanyak RM200,000 dengan suspek bagi urusan perniagaan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak ketika dihubungi mengesahkan mengenai laporan polis yang dibuat pada 16 Mac lalu.

"Kes ini masih dalam siasatan dan kita akan kesan saksi yang terlibat," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.