1,671 kes baharu, Selangor terus catat kes harian tertinggi

Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Malaysia merekodkan sebanyak 1,671 kes baharu Covid-19, selain empat kematian pada Sabtu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dalam tempoh itu juga, sebanyak 1,585 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh Covid-19 di Malaysia ialah sebanyak 316,042 kes, sementara angka keseluruhan kematian kini berjumlah 1,229 kes.

“Daripada jumlah kes baharu hari ini, sebanyak 1,669 kes adalah kes tempatan melibatkan 1,038 warga tempatan dan 631 bukan warganegara, sementara dua lagi adalah kes import,” katanya dalam satu kenyataan mengenai perkembangan Covid-19 pada Sabtu.

Dr Noor Hisham berkata, tiga negeri yang merekodkan kes tertinggi ialah Selangor dengan 652 kes, diikuti Pulau Pinang (328 kes) dan Sarawak (154 kes).

“Sebanyak 151 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 64 orang memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Beliau berkata, empat kes kematian yang direkodkan pada Sabtu melibatkan warga tempatan dengan dua kes di Selangor serta masing-masing satu kes di Sabah dan Kedah.

Menurutnya, terdapat empat kluster baharu dikenal pasti melibatkan dua kluster tempat kerja dan dua kluster komuniti.

“Kluster tempat kerja melibatkan Kluster Teluk Air Tawar (Pulau Pinang) dan Kluster Perindustrian Pekan Nenas di Johor.

Artikel Berkaitan:

"Kluster komuniti pula ialah Kluster Tanjung Genting (Sarawak) dan Kluster Pulau Pisang di Perak,” katanya.

Beliau berkata, perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah kluster aktif setakat ini ialah sebanyak 421 kluster dengan 53 daripadanya mencatatkan pertambahan kes baharu pada Sabtu.

“Kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada Sabtu ialah Kluster DTI Juru (206 kes), Kluster Tapak Bina Persiaran Freesia (134 kes) dan Kluster Perindustrian Pekan Nanas (39 kes),” katanya.

“Jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 871 kluster termasuk 10 yang telah tamat pada Sabtu,” katanya.