Tingkat kualiti produk melalui program bimbingan

Mohd Hazwan
Mohd Hazwan
A
A
A

SHAH ALAM - Peniaga Muslim disaran sentiasa mengambil inisiatif menambah baik kualiti produk dengan mengikuti program bimbingan berkaitan pembangunan produk.

Ketua Pegawai Operasi Yaqin Mart Sdn Bhd, Mohd Hazwan Jaludin berkata, peniaga tidak boleh bersikap terlalu selesa sebaliknya perlu mendapat bimbingan yang betul.

Menurutnya, sebagai usahawan produk Muslim usahawan berkenaan perlu ada bimbingan dan mengambil inisiatif untuk sentiasa menambah baik produk.

“Jadi, kita sebagai peniaga ini jangan berpijak pada sentimen sahaja. Kita harus selalu memperbaharui kualiti produk dan berjumpa dengan orang yang betul,” katanya pada Wacana Al-Quran Siri ke-101 bertajuk Produk Muslim: Benarkah Kompromi Kualiti' di Kumpulan Karangkraf.

Program itu dikendalikan oleh Ketua Pegawai Penyelidik Yayasan Warisan Ummah Iklas, Fazrul Ismail yang turut menampilkan Pengasas Elzar Group dan Myclaaz.com, Dr Zaharuddin Abd Rahman sebagai panelis manakala qari jemputan, Ahmad Tarmizi Abdul Rahman memperdengarkan surah Al-Maida ayat 87-88.

Sementara itu, Mohd Hazwan turut menekankan kepentingan ilmu dari segi pemasaran produk kepada peniaga Muslim.

“Bukan sahaja nak menaikkan sentimen produk Buy Muslim First (BMF) tetapi ‘presentation’ perlu setanding dengan pasaran malah lebih baik lagi.

“Pembungkusan cantik sebenarnya mendorong kepada pelanggan untuk membeli tanpa kisah siapa di belakangnya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, 'persembahan' produk yang cantik selain halal menjadi 'azimat' kepada pelanggan untuk mendapatkan barang yang dipamerkan di kedai.