Mayat pelajar SMK Temerloh ditemukan

Mayat Mohd Hakim ditemukan kira-kira tiga kilometer dari tempat kejadian oleh sukarelawan pada jam 12.45 tengah hari pada Sabtu. Foto Ihsan polis
Mayat Mohd Hakim ditemukan kira-kira tiga kilometer dari tempat kejadian oleh sukarelawan pada jam 12.45 tengah hari pada Sabtu. Foto Ihsan polis
A
A
A

TEMERLOH - Mayat seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Temerloh, ditemukan pada Sabtu selepas tujuh hari hilang dihanyutkan arus di Sungai Pahang dekat Kampung Loyang, Sanggang pada Ahad.

Mangsa, Mohd Hakim Faqih Nor Azmi, 16, ditemui kira-kira jam 12.45 tengah hari dekat Kampung Paya Jejawi iaitu kira-kira tiga kilometer dari lokasi kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Temerloh, Penolong Penguasa Bomba Syed Mohsen T Ismail berkata, mayat mangsa ditemui oleh sukarelawan yang turut membantu dalam pencarian mangsa.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat (SAR), Sabtu menggunakan teknik di permukaan bermula jam 7.40 pagi.

"Jarak pencarian dengan keluasan radius 52 kilometer (km) dari lokasi terakhir mangsa dilihat sehingga ke Jambatan Baru Guai Bera.

"Mayat mangsa telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan.

Ujarnya, operasi SAR yang disertai 63 orang termasuk polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Bukit Angin serca orang awam ditamatkan pada jam 3 petang Sabtu.

Dalam kejadian pada Ahad, mangsa bersama anaknya saudaranya, Mohammad Naufal Farhan Mohd Azrul, 8, dihanyutkan arus sungai ketika mandi.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, mayat Mohamad Naufal ditemukan kira-kira 35 meter dari tempat kejadian pada jam 10.33 pagi, Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki, anak sedara dikhuatiri lemas