X

Kindly register in order to view this article
!

Pesawat kargo Trigana Air tergelincir ketika mahu berlepas di Jakarta

Pesawat kargo milik Trigana Air tergelincir ketika mendarat di Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma di Jakarta. (Foto: Dkabali.com)
A
A

JAKARTA - [DIKEMAS KINI] Sebuah pesawat kargo milik Trigana Air tergelincir ketika mahu berlepas dari Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma di Jakarta.

Jurucakap Kementerian Perhubungan Adita Irawati dalam satu kenyataan berkata, tiada kemalangan jiwa dalam kejadian berkenaan.

"Kejadian berlaku jam 11.26 pagi waktu Indonesia Barat. Pesawat cargo Trigana Air dalam jadual penerbangan dari Halim ke Pontianak itu tergelincir dan terbabas keluar dari landasan," kata Adita Irawati.

Semua jadual penerbangan komersial di lapangan terbang itu kini dipindahkan ke Lapangan Terbang Soekarno-Hatta. Menurut Adita, pesawat itu mengalami masalah teknikal dan roda depannya patah ketika mahu berlepas. - Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!