X

Kindly register in order to view this article
!

Ketua jabatan minta rasuah seks ditahan SPRM

A
A

KOTA KINABALU - Seorang ketua jabatan di sebuah jabatan kerajaan negeri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki meminta rasuah berbentuk perkhidmatan seks daripada seorang wanita pada Jumaat.

Lelaki berusia 51 itu ditahan kira-kira jam 3.30 petang di sebuah hotel di Keningau.

Difahamkan, perkhidmatan seks tersebut ialah sebagai syarat untuk wanita berkenaan mendapatkan pinjaman wang bagi projek pertanian.

Pengarah SPRM Sabah, S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terbabit.

"Suspek ditahan 24 jam untuk diambil keterangan dan telah dilepaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM10,000 tanpa deposit dengan seorang penjamin.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009," katanya di sini pada Sabtu.

Beliau menjelaskan, tafsiran suapan di bawah Seksyen 3 Akta SPRM 2009 meliputi pelbagai perkara termasuk pinjaman, jawatan serta perkhidmatan seperti perkhidmatan seks.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium