Liverpool tak sabar gegar Real

Klopp dan anak-anak buahnya bakal menghadapi ujian getir berdepan Real pada aksi suku akhir Liga Juara-Juara.
Klopp dan anak-anak buahnya bakal menghadapi ujian getir berdepan Real pada aksi suku akhir Liga Juara-Juara.
A
A
A

PENGURUS Liverpool, Jurgen Klopp menggambarkan pertembungan menentang juara Eropah 13 kali, Real Madrid pada aksi suku akhir Liga Juara-Juara sebagai sesuatu yang cukup menarik.

“Ia menarik, sangat menarik. Ia jelas adalah satu undian yang sukar tetapi saya baik sahaja mengenai undian. Ini kerana jika anda melihat kepada pasukan yang lain, kesemua mereka adalah pasukan yang kuat.

“Mengenai Real Madrid, sudah tentu mereka mempunyai kualiti tersendiri, itu cukup jelas. Saya sangat tidak sabar untuk menghadapi perlawanan timbal balik itu nanti," katanya.

Pertemuan antara Liverpool dan Real kali ini umpama ulangan aksi final Liga Juara-Juara pada musim 2017/2018 yang menyaksikan The Galacticos muncul juara buat kali ketiga berturut-turut.

Dalam aksi di Stadium NSC Olimpiyskiy di Kiev itu, Real mengesahkan kemenangan 3-1 hasil jaringan Karim Benzema dan dua gol sumbangan Gareth Bale manakala Sadio Mane meledak gol tunggal Liverpool.

Selepas kecewa tumbang di tangan gergasi Sepanyol itu, Liverpool kemudiannya bangkit apabila muncul juara Eropah selepas membenam Tottenham Hotspur 2-0 pada aksi final edisi 2018/2019 di Stadium Wanda Metropolitano.

Artikel Berkaitan: