X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 06 Julai 2022

Peniaga Pasar Borneo digalak daftar platform [email protected]

HENRYN SUM AGONG
A
A

SERI KEMBANGAN - Peniaga di Pasar Borneo di Seri Kembangan, di sini diseru mengambil peluang meluaskan perniagaan mereka secara dalam talian dengan mendaftarkan diri menerusi platform [email protected]

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Henry Sum Agong berkata, pasaran bagi barang-barang keperluan dan makanan khas dari Borneo adalah amat meluas dan sering mendapat permintaan tinggi dalam kalangan orang Sabah dan Sarawak yang berada di Semenanjung.

“Jika peniaga di sini meluaskan perniagaan mereka secara dalam talian, mereka akan dapat menjual kepada pembeli dari negeri-negeri lain yang tidak mempunyai pasar seperti ini.

“Dengan cara ini, mereka juga akan dapat meningkatkan jualan dan pendapatan,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke pasar yang beroperasi setiap Sabtu itu di sini.

Hadir sama, Presiden Persatuan Pasar Borneo, Nelson Entap.

Henry berkata, program [email protected] merupakan inisiatif kementerian berkenaan bertujuan membantu usahawan luar bandar memasarkan produk mereka secara dalam talian melalui platform e-dagang.

Sementara itu, Nelson berkata, pihaknya terpaksa menolak banyak permohonan untuk berniaga di pasar berkenaan yang telah beroperasi sejak 2016 berikutan keluasan tapak yang terhad.

“Ketika ini, kami hanya mampu menyediakan 60 tapak gerai untuk peniaga kerana kawasan ini agak kecil,” katanya.

Bagi pengunjung, kewujudan pasar itu dianggap sebagai tempat melepaskan kerinduan kepada kampung halaman apabila rata-rata daripada mereka sudah lama tidak dapat pulang ke kampung akibat wabak Covid-19 dan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Saliza Zakaria, 43, berkata, pasar itu merupakan lokasi pilihannya untuk mencari makanan tradisi dari Sabah yang digemari suaminya.

“Jika sebelum Covid-19 ini, kami sekeluarga selalu balik ke Sabah tetapi sekarang pasar ini jadi tempat untuk saya beli barang makanan dari Sabah untuk suami,” katanya.

Peninju Muay Thai Sarawak Awangku Abdul Rahman Awang Marajaya pula berkata, beliau sering berkunjung ke pasar itu untuk mencari masakan istimewa Sarawak seperti ambuyat dan berharap pasar seperti itu dapat diadakan di lebih banyak lokasi. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!