X

Kindly register in order to view this article
!

Ketua menteri jamin naik taraf Bukit Bendera patuhi garis panduan

A
A

GEORGE TOWN - Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow memberi jaminan bahawa Projek Naik Taraf Stesen Atas Bukit Bendera Fasa 4 yang melibatkan naik taraf ruang menunggu akan mematuhi garis panduan yang ditetapkan selain mengekalkan kehijaun alam semulajadi.

Kon Yeow Yang juga Pengerusi Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP) berkata, projek skala besar bernilai RM9.3 juta itu akan dibangunkan secara mesra alam serta mematuhi garis panduan yang ditetapkan dalam Rancangan Kawasan Khas (RKK) 2016 dan RKK (Penggantian) 2020.

“Tujuan utama projek ini adalah untuk meningkatkan keselesaan pengunjung terutamanya warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU) dan menjadikan Bukit Bendera destinasi pelancongan utama pada masa hadapan,” katanya ucapan pada acara majlis pecah tanah projek tersebut di puncak Bukit Bendera di sini, pada Sabtu.

Beliau berkata, inisiatif projek menaik taraf yang dijangka siap pada suku ketiga 2022 itu berupaya meningkatkan kapasiti pengunjung yang menunggu giliran untuk turun dari stesen Buki Bendera kepada 700 berbanding 200 pada satu-satu masa.

Ruang menunggu di stesen berkenaan akan diperbesarkan menjadi dua tingkat dengan keluasan 1,422 meter per segi berbanding ruang asal seluas 800 meter per segi.

Kon Yeow berkata, kerajaan negeri melalui PBBPP berhasrat untuk mengekalkan elemen hijau sedia ada seperti pokok-pokok di sekitar kawasan tersebut untuk mengekalkan estetika dan tarikan semula jadi kawasan puncak Bukit Bendera.

Dalam pada itu, beliau berkata, PBBPP telah melaksanakan sistem pengurusan barisan pintar (smart queue) yang turut dikenali sebagai JustQ 2.0 untuk membantu melancarkan waktu pelancong menunggu giliran menaiki kereta api. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!