SAINS serbu dua bengkel disyaki curi air

Penyambungan air secara haram di sebuah bengkel.
Penyambungan air secara haram di sebuah bengkel.
A
A
A

SEREMBAN - Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS) bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) menyerbu dua buah bengkel kerana disyaki membuat penyambungan air secara haram pada Rabu.

Serbuan yang itu diketuai oleh pegawai SPAN, Erwan Erazak dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Span serta Unit Penguatkuasaan SAINS.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam SAINS, Norzita Ismail berkata, serbuan pertama dilakukan ke atas sebuah bengkel kereta di Jalan Templer di sini.

"Siasatan mendapati penghuni premis melakukan penyambungan tidak sah menggunakan paip mudah lentur bersaiz 16 milimeter (mm) tanpa melalui sebarang meter.

"Bekalan air yang didapati daripada sambungan tidak sah itu dikenal pasti digunakan untuk aktiviti harian bengkel tersebut," katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian.

Salah sebuah bengkel yang diserbu kerana melakukan penyambungan air secara haram.
Salah sebuah bengkel yang diserbu kerana melakukan penyambungan air secara haram.

Menurutnya, serbuan kedua pula dilaksanakan ke atas sebuah bengkel motosikal di Rasah Jaya di sini.

Beliau berkata, semakan terperinci penguat kuasa mendapati penghuni premis membuat penyambungan tanpa melalui sebarang meter setelah tindakan pemotongan bekalan akibat tunggakan.

Artikel Berkaitan:

"Penyambungan dibuat menggunakan 'Tee Off GI' bersaiz 26mm. Bekalan air yang diperoleh dipercayai digunakan dalam pelbagai aktiviti harian penghuni premis yang tinggal di tingkat satu dan dua premis berkenaan.

"Kes pertama disiasat mengikut Seksyen 123 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006, manakala kes kedua disiasat mengikut Seksyen 89(9) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006," katanya.

Selain itu katanya, pegawai penguat kuasa SAINS turut menjalankan ujian klorin di lokasi berkenaan dan terbukti bekalan air yang digunakan adalah air terawat milik SAINS.

Sebagai tindakan Norzita berkata, SPAN telah menyita semua pemasangan dan punca sambungan yang dibuat sebagai bahan bukti dan mengeluarkan notis makluman kesalahan kepada penghuni premis.

"SAINS akan terus mempertingkatkan pemantauan serta penguatkuasaan terhadap kegiatan curi air di seluruh negeri ini tanpa mengira kes yang melibatkan pengguna komersil mahupun," katanya.