Ketua Wanita UMNO Bahagian Rasah meninggal dunia

Hapsah Hamid
Hapsah Hamid
A
A
A

SEREMBAN - Ketua Wanita UMNO Bahagian Rasah, Hapsah Hamid, 75, meninggal dunia di kediaman anaknya di Kampung Jiboi Baru, Ampangan, dekat sini, pada jam 5 pagi Sabtu, selepas menghidap penyakit ketumbuhan otak sejak tiga tahun lepas.

Cucunya Faiqah Khairul Azam, 25, berkata, Allahyarham mengalami deman sejak dua hari lepas dan baru sahaja menjalani pembedahan kira-kira tiga minggu lalu di sebuah hospital swasta di Damansara, Selangor.

“Nenek demam sudah dua hari...sudah tiga kali menjalani pembedahan namun masih ada tumor,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Katanya, jenazah Allahyarham dibawa ke kediamannya di Taman Bukit Kepayang di sini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Tuan Haji Said Seremban selepas zohor.

Allahyarham meninggalkan lima orang anak iaitu tiga orang perempuan dan dua lelaki.

Hapsah merupakan pejuang UMNO yang memegang jawatan Ketua Wanita UMNO Bahagian Rasah sejak lima penggal. - Bernama

Artikel Berkaitan: