X

Kindly register in order to view this article
!

Kartel dalam PDRM

Biarlah pembersihan dalaman itu dijalankan KPN tanpa campur tangan orang lain.
A
A

AWANG hargai kenyataan media Datuk Mohamed Arshad Raji bagi pihak Persatuan Patriot Kebangsaan yang menyokong usaha Rasuah Busters Sinar Harian.

Persatuan itu juga komen kenyataan Tan Sri Abdul Hamid Bador, Ketua Polis Negara (KPN) tentang wujudnya kartel dalam PDRM.

KPN menghuraikan tentang ancaman kartel tersebut sewaktu diwawancara oleh Tan Sri Johan Jaaffar Rabu lalu.

Sewaktu di Johor Bahru, beliau sebutkan bahawa selagi beliau KPN beliau tidak akan membenarkan sesiapa mempergunakan PDRM untuk mengikut acuan dan telunjuk kumpulan ini.

Seingat Awang pada Januari tahun ini beliau dah sebut hal itu, cuma seimbas lalu. KPN dedahkan ada segelintir pegawai muda yang berkomplot memburukkan imej PDRM selain cuba mengaib dan menjatuhkannya.

Awang bersetuju dengan Patriot bahawa ini adalah isu dalaman yang sedang cuba diselesaikan KPN. Beliau tentu lebih tahu daripada orang lain apa yang sebenarnya berlaku. Biarlah pembersihan dalaman itu dijalankan KPN tanpa campur tangan orang lain.

KPN pun nampak telus untuk pulihkan nama baik PDRM bagi kembalikan kepercayaan rakyat. Beliau juga ambil langkah tegas untuk pastikan pasukan polis bersih daripada rasuah, dan elak salah guna kuasa.

Awang juga setuju bahawa langkah ini patut disokong Menteri Dalam Negeri, bukan mempersoalkan KPN apakah benar wujud kartel itu.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!