X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 08 Julai 2022

PGA rampas rokok seludup bernilai RM500,000 di Tumpat

A
A

KOTA BHARU - Batalion 9 Pasukan Gerakan Am merampas 67 kotak besar rokok putih bernilai RM500,000 dipercayai diseludup masuk dari negara jiran di Kampung Kok Bedullah, Tumpat pada Jumaat.

Pegawai Pemerintah PGA9, Superitendan Nor Azizan Yusof berkata, rampasan dilakukan selepas sepasukan anggota risikannya bersama anggota ronda cegah jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat terserempak dengan sebuah lori dalam keadaan mencurigakan, kira-kira 6 pagi.

Beliau berkata, ketika cuba ditahan pemandu lori bertindak melarikan diri ke dalam semak berdekatan sebaik memberhentikan lori di tepi jalan.

"Anggota yang membuat pemeriksaan di situ gagal mengesan pemandu lori kerana dipercayai sudah melarikan diri dan meninggalkan kenderaannya.

“Pemeriksaan lanjut yang dijalankan di bahagian belakang lori menemukan 67 kotak besar yang setiap satunya berisi 50 karton rokok dipercayai buatan China," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Nor Azizan berkata, kesemua rokok itu disyaki diseludup masuk melalui pangkalan haram untuk pasaran tempatan di negara ini.

“Kesemua barangan kes iaitu lori dan rokok dibawa ke Balai Polis Tumpat untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 135(1) Akta Kastam 1967.

"Jumlah keseluruhan rampasan termasuk kenderaan dianggarkan bernilai RM512,500," katanya. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!