X

Kindly register in order to view this article
!

Lompat parti budaya tidak adil kepada rakyat, negara

Dari kiri, Raziatul Hanum dan Karupaiya Muthusamy semasa program Sinar Live bertajuk YB, ‘dilamar’: Sejauh mana benarnya? pada Jumaat.
A
A

SHAH ALAM - Tindakan melompat parti merupakan satu budaya yang tidak adil kepada rakyat dan negara, kata Ahli Parlimen Padang Serai, Karupaiya Muthusamy.

Menurut beliau, ahli Parlimen yang dilantik seharusnya mementingkan negara dan kebajikan rakyat bukannya mengutamakan parti dan diri sendiri.

Katanya, wakil rakyat yang dipilih perlu menjalankan amanah sebaiknya untuk berkhidmat kepada negara dan masyarakat.

“Itu satu kerja yang tidak patut, seharusnya mereka mementingkan negara tetapi mereka mengutamakan parti dan diri sendiri. Itu yang saya marah.

“Pengundi mengharapkan kita tidak akan mengkhianati mereka yang telah mengundi. Mereka masih marah disebabkan ada unsur melompat parti. Mereka tidak puas hati kerana mereka undi lain, namun wakil rakyat melompat (parti),” katanya.

Beliau berkata demikian semasa program Sinar Live bertajuk YB, ‘dilamar’: Sejauh mana benarnya? pada Jumaat yang dikendalikan oleh Raziatul Hanum A [email protected]

Beliau turut memberitahu pernah ditawarkan pihak tertentu supaya melompat parti namun beliau enggan berbuat demikian.

Beliau percaya, keadaan itu didorong oleh jiwa yang kental, menghormati ketua dan juga mementingkan pengundi di kawasannya.

“Berkali-kali saya dapat panggilan tetapi saya hanya menyatakan yang saya tidak akan melompat parti sebab saya tidak mahu buat rakyat saya marah,” ujarnya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!