ADUN lapor polis nafi terlibat aktiviti pembalakan

Muhammad Amin menunjukkan laporan polis yang dibuat di IPD Ipoh pada Jumaat berhubung fitnah yang mengaitkan dirinya dengan projek pembalakan di Batu Kurau.
Muhammad Amin menunjukkan laporan polis yang dibuat di IPD Ipoh pada Jumaat berhubung fitnah yang mengaitkan dirinya dengan projek pembalakan di Batu Kurau.
A
A
A

IPOH - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kurau, Datuk Dr Muhammad Amin Zakaria membuat laporan polis menafikan terlibat dalam aktiviti pembalakan yang tular di media sosial pada Jumaat.

Menurutnya, dakwaan yang dimuat naik pemilik Facebook itu telah mengaitkan dirinya kononnya meluluskan projek pembalakan di kawasan Batu Kurau hingga menjejaskan sumber air penduduk di kawasan tersebut.

Katanya, laporan polis dibuat bagi membersihkan namanya kerana dakwaan pemilik tersebut berbentuk fitnah yang menjejaskan reputasinya sebagai wakil rakyat.

"Semakan yang dibuat daripada pejabat daerah dan tanah serta pejabat perhutanan Daerah Larut, Matang dan Selama mendapati tiada sebarang aktiviti pembalakan mahupun lesen dikeluarkan dalam kawasan DUN Batu Kurau.

"Ia merupakan kawasan bersebelahan tetapi telah dikaitkan dengan Batu Kurau. Jadi, tiada sebarang aktiviti pembalakan di kawasan saya dan tuduhan itu jelas satu fitnah," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di sini.

Tular satu video menunjukkan sungai yang digunakan penduduk keruh dipercayai akibat aktiviti pembalakkan namun tidak menyatakan lokasi yang tepat kejadian itu.

Muhammad Amin berkata, laporan itu dibuat bagi membolehkan polis menjalankan siasatan dan mengenakan tindakan yang sewajarnya.

"Nama pemilik akaun Facebook sudah diberikan kepada polis untuk siasat," katanya.

Artikel Berkaitan: