Single atau taken: Syed Saddiq akhirnya buka mulut...

Syed Saddiq ketika segmen Seminit Bersama menerusi TikTok Sinar Harian baru-baru ini.
Syed Saddiq ketika segmen Seminit Bersama menerusi TikTok Sinar Harian baru-baru ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Teka-teki siapa teman wanita Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akhirnya terjawab dalam program iG Live Sinar pada Khamis.

Soalan itu diajukan pengacara iG Live, Nazihah Khan kepada Syed Saddiq ketika program bual bicara berjudul Kompaun: Didik Atau Hukum Rakyat?

Terdahulu, Syed Saddiq dalam segmen Seminit Bersama yang disiarkan di TikTok Sinar Harian apabila ditanya sama ada bekas Menteri Belia dan Sukan itu sudah berpunya atau belum menimbulkan persoalan dalam kalangan netizen.

Berpeluang bertemu secara maya dengan Syed Saddiq, Nazihah bertanyakan kembali kepada beliau, adakah seseorang sedang bertakhta di hati Syed Saddiq kerana jawapan yang diberikan adalah 'tengah', bukannya 'single' mahupun 'taken' yang dijadikan pilihan kepada soalan itu.

Pengacara Nazihah Khan ketika bertanyakan soalan kepada Syed Saddiq pada program iG Live Sinar pada Khamis.
Pengacara Nazihah Khan ketika bertanyakan soalan kepada Syed Saddiq pada program iG Live Sinar pada Khamis.

Tidak melatah dan hanya tersenyum apabila soalan itu kembali diajukan, Syed Saddiq kemudian akui, tumpuan kini lebih kepada tanggungjawab yang tergalas di bahunya sebagai wakil rakyat sambil menyifatkan kawasan Parlimennya kini adalah teman wanitanya.

"... kalau ada girlfriend, girlfriend saya adalah Muar kerana Muar yang saya akan menghadap setiap minggu dan setiap hari," itu jawapan diberikan pengasas Parti Ikatan Demokratik (Muda) itu.

"Sebagai salah seorang yang dipilih oleh rakyat, untuk fokus berkhidmat... saya yakin apa yang rakyat mahu lihat berkenaan prestasi saya adalah bagaimana saya boleh berkhidmat untuk mereka. Mereka tidak mahu media ambil tahu mengenai kisah peribadi saya seperti 'dating' dengan siapa," jelasnya lagi.

Artikel Berkaitan:

A post shared by SinarHarian (@sinarharian)