Kaji dulu motif Da Ma Cai taja lawatan PDRM

Mujahid ketika ditemui pemberita, di Menara Tabung Haji, di sini, hari ini.
Mujahid ketika ditemui pemberita, di Menara Tabung Haji, di sini, hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Prosedur dan tujuan lawatan delegasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke Turki yang ditaja syarikat nombor ramalan, Da Ma Cai perlu dikaji terlebih dahulu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof menegaskan, perincian lawatan PDRM itu harus disiasat motifnya seperti tujuan lawatan sama ada untuk berseronok atau belajar atau menimba pengalaman itu harus dikaji terlebih dahulu.

“Perkara ini kita serahkan kepada Kementerian Kewangan untuk menyemaknya berkaitan keseluruhan lawatan. Harus semak semula prosedur dan motif lawatan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Lawatan polis bukan tajaan Kementerian Kewangan

“Apa tujuan lawatan PDRM ke Turki, adakah mereka pergi untuk berseronok, pergi belajar, pergi cari pengalaman. Tapi kalau PDRM pergi dengan tujuan tertentu dan mengikut prosedur undang-undang saya ucapkan ‘Ahlan Wasahlan’ (selamat datang),” katanya kepada media selepas pengumuman subsidi haji kekal di Menara Tabung Haji (TH) di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Mujahid menjelaskan, isu lawatan PDRM yang ditaja syarikat nombor ramalan itu bukan di bawah bidang kuasanya.

“Tapi jangan salah faham, dakwa saya kata tak ada apa dengan judi. Judi memang tak boleh, kena faham itu, jangan salah tafsir pula,” katanya.

Semalam, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata lawatan PDRM yang diketuai Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun ke Turki dibayar oleh syarikat nombor ramalan Da Ma Cai untuk tujuan mempelajari teknik membanteras judi online.

Artikel Berkaitan:

Menurut Guan Eng, walaupun lawatan itu diluluskan Lembaga Totalisator sebuah agensi bawah Kementerian Kewangan perbelanjaannya bukan daripada kerajaan.

"Dana bukan daripada Kementerian Kewangan.

"Sumber dana daripada Da Ma Cai, sebuah syarikat nombor ramalan. Mereka tidak dapat sesen daripada kita,PDRM ditaja untuk belajar cara banteras judi online," katanya.