Usahawan francais perlu fokus aspek pemasaran

Wan Junaidi Tuanku Jaafar (tengah) menyampaikan replika cek kepada pemilik Restoran Al Mizan Satay House, Syariffudin Misjan (dua, kiri) pada lawatan kerjanya di Al Mizan Satay House pada Jumaat. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA
Wan Junaidi Tuanku Jaafar (tengah) menyampaikan replika cek kepada pemilik Restoran Al Mizan Satay House, Syariffudin Misjan (dua, kiri) pada lawatan kerjanya di Al Mizan Satay House pada Jumaat. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA
A
A
A

JOHOR BAHRU - Usahawan muda yang mahu dan sudah berjinak dalam perniagaan francais disarankan supaya tidak hanya memberi tumpuan kepada produk semata-mata sebaliknya turut fokus terhadap aspek lain seperti pemasaran agar sesuai dengan peredaran masa.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, perkara tersebut penting diambil kira kerana pemasaran dan perkhidmatan yang efisien mampu menjadikan perniagaan sesebuah francais berdaya saing bukan sahaja di peringkat tempatan malah ke peringkat global.

“Hendak francaiskan perniagaan, kita kena ingat ia bukan mengenai produk sahaja. Ia harus mengambil kira servis (perkhidmatan), pemasaran dan lain-lain.

“Lihat sahaja perniagaan francais makanan segera seperti KFC dan McDonalds. Selain mementingkan kualiti produk, sistem penghantaran makanan dan pemasaran mereka juga amat efisien sehinggalah rangkaiannya ada di seluruh pelosok dunia.

“Perkara seperti inilah yang mahu kita galakkan untuk mereka contohi,” katanya ketika berucap pada program lawatan beliau ke Almizan Satay House di Kampung Ubi, di sini pada Jumaat.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Almizan Mohd Syarifuddin Misjan.

Wan Junaidi dalam pada itu menyifatkan perniagaan Almizan Satay House sebagai satu contoh francais yang berfikiran di luar kotak kerana menggunakan konsep pandu lalu bagi menarik pelanggan.

“Selama ini, konsep drive-thru (pandu lalu) melibatkan makanan segera tetapi di sini, sate pun ada drive-thru, sekali gus membuktikan produk tempatan seperti sate juga boleh diinovasikan,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: