DBKK roboh 85 rumah di penempatan haram

Penempatan haram di kawasan berhampiran Kampung Cenderakasih, Kolombong, Kota Kinabalu dirobohkan DBKK dalam Ops Roboh.
Penempatan haram di kawasan berhampiran Kampung Cenderakasih, Kolombong, Kota Kinabalu dirobohkan DBKK dalam Ops Roboh.
A
A
A

KOTA KINABALU - Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) merobohkan 85 rumah haram dalam Ops Roboh di kawasan berhampiran Kampung Cenderakasih, Kolombong.

Operasi bersepadu selama dua hari bermula Rabu itu diketuai oleh DBKK dan disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS).

Menurut kenyataan yang dikeluarkan DBKK pada Jumaat, operasi dijalankan di kawasan penempatan haram yang didiami majoriti oleh warga asing.

Kenyataan itu turut menyebut, DBKK sering menerima aduan daripada penduduk berhampiran berhubung masalah jenayah dan sosial seperti curi bekalan elektrik dan air, penyalahgunaan dadah dan judi.

Operasi melibatkan 27 anggota terdiri daripada 15 anggota penguat kuasa DBKK, empat anggota polis, lima kakitangan JANS dan tiga kakitangan SESB.

DBKK turut mengingatkan pihaknya mengenal pasti beberapa penempatan haram lain dan sedang mengambil tindakan mengikut proses undang-undang dan prosedur yang ditetapkan.

Artikel Berkaitan: