Facebook bakal lancar versi Instagram dikawal ibu bapa

 Laman media sosial Instagram milik Facebook sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan versi aplikasi perkongsian gambar untuk kanak-kanak 13 tahun ke bawah dengan pengawasan ibu bapa - Foto 123RF
Laman media sosial Instagram milik Facebook sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan versi aplikasi perkongsian gambar untuk kanak-kanak 13 tahun ke bawah dengan pengawasan ibu bapa - Foto 123RF
A
A
A

MOSCOW - Laman media sosial Instagram milik Facebook sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan versi aplikasi perkongsian gambar untuk kanak-kanak 13 tahun ke bawah dengan pengawasan ibu bapa, kata Ketua Instagram, Adam Mosseri pada Jumaat, lapor Sputnik.

"Anak-anak sering bertanya sama ada mereka boleh menggunakan aplikasi yang membantu mereka mengikuti rakan mereka. Instagram sedang meneroka versi yang boleh dipantau ibu bapa, seperti yang kita lakukan dengan Messenger Kids. Kami akan berkongsi lebih banyak lagi,” tulis Mosseri di Twitter.

Perkembangan aplikasi baharu itu sudah disahkan di peringkat dalaman pada Khamis, tetapi tarikh pelancarannya belum ditetapkan. Pengumuman Mosseri dibuat dua hari selepas Instagram mengeluarkan kenyataan mengenai langkah keselamatan baharu.

Platform media sosial itu berkata, pihaknya akan menggunakan kecerdasan buatan dan teknologi pembelajaran mesin untuk mengenal pasti usia penggunanya dengan lebih cekap dan menunjukkan arahan keselamatan kepada anak-anak untuk melindungi mereka daripada diganggu.

Aplikasi ini juga akan memberi amaran kepada remaja ketika orang dewasa yang ditandai sebagai "tingkah laku yang berpotensi mencurigakan" menghubungi mereka. - Bernama

Artikel Berkaitan: